Followers

Suggies' Visitors

Monday, April 9, 2012

Bajet / Kos Awalan Memiliki Sugar Glider

SETIAP individu ada hobi masing-masing. Hobi itulah kenkadang yang memberi keinginan kepada kita.Keinginan yang menyumbang kepada  KEGILAAN terhadap sesuatu....;) Seperti mereka yang gilakan smartphone..setiap keluaran terbaru pasti berpusu-pusu yg cuba memilikinya walaupun harga pengenalannyer sangat lah mahal...:)

Tak kurang juga KEGILAAN memilik binatang kesayangan kiter...si kenit SUGAR GLIDER...

Sebagai pengenalan, harga sugar glider di Malaysia rata-rata bermula dari RM250 dan keatas. Harga tertakluk kepada umur, jantina dan baka serta corak bulu sugar glider. Lebih berumur lebih mahal, lebih susah baka di perolehi lebih mahal harganya, lebih cantik corak bulu Sugar Glider lebih mahal lah ia..Ada yang mencecah RM 15 RIBU SEEKOR....Linda tak mampu lah kalau camtu...

Dari pengalaman pertama memiliki Sugar Glider, bolehlah di kongsikan disini berapa bajet yang linda usahakan untuk mendapatkan diaorang ni...si Tutty n Fruity ni....

Linda beli SEPASANG sugar glider. Meaning male n female lah kan. Masa tu dapat harga RM 600untuk :

-Sepasang Sugar Glider ( 1 male & 1 female)
-2 X 1 sqft Cage + tangga  + para
-Kain Selimut 1x1 kaki
-Kain Gantung Traingle (permainan)
-Plastic Wheel (permainan)
-House (Permainan + tempat tido)
-1 Sleeping pouch
-1 bekas air
-1 bekas makan


Kemudian linda tambahan belanja untuk makanannyer. Serbuk campuran pada HPW, Sedikit Buah rambutan, Honeydew dan brokoli. Semua ini dalam RM 50.

Kalau sugar glider orang lain makan HPW (instant @ regular), Tutty n Fruity tak makan pun HPW, tetapi diaorang makan SERBUK HPW yang belum di campur dengan bee pollen dan serbuk telur. Itu hanya di beri sesudu sahaja setiap hari. Bekalan yang di beli tahan selama 1 bulan untuk sepasang suggies.

Jadi, anda berminat?...nasihat linda, google dulu cuci-cuci mata dengan harga-harga suggies ni. Kita ada banyak jenis / Baka Sugar glider...InsyaAllah, kalau ada kelapangan linda cerita baka-baka sugar glider ni di kemudian hari...

Selamat Bergoogle

Ini Serbuk HPW sebelum di blend dengan bee pollen & serbuk telur


Antara Pakej Yang ditawar...ade barangan yang dah kena basuh waktu gambar ni diambil

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...