Followers

Suggies' Visitors

Tuesday, April 17, 2012

Segmen : HASRULHASSAN.COM Promosikan Blog Aku

Assalamualaikum...
Untuk pertama kalinya blog Tutty & Fruity nak join segmen. Nak promosikan satu lagi blog dari linda adalah berkenaan Pet kesayangan ni...si sugar glider tecik.

Ok...berkaitan dengan syarat-syarat , rasanya blog ini memenuhi semua syarat kelayakan...yey....
nak tahu ape syaratnyer boleh lah klik sini atau klik pada gambar di bawah...:)

OK...mari berkenalan dengan blog dan tuan blog...:)
Blogger telah mempunyai blog peribadainyer sendiri iaitu IBUSUMAIYAH...
Kemudian, bile dah bela pets pertama dalam bulan Feb aritu, terus nak abadikan dalam diari online...blog plak paling best...(walaupun takde la org singgah sangat pun..huhuhuhu) 

Tajuk blog ini adalah My Little Tutty n Frutty..
Diwujudkan lebih pada Febuari 2012.

Blog ini di sediakan khusus untuk menceritakan perihal / aktiviti yang DIRASAKAN menarik oleh tuan blogger untuk di kongsikan bersama peminta-peminat sugar glider diluar sana. Tuan blog berhasrat untuk menambahkan info - info terbaik tentang penjagaan sugar glider...untuk newbie,  amatur dan otai...errkk? otai...mmm tak lah kot...untuk newbie macam tuan blog lah jugak kot.....hehehehehe. Juga mungkin boleh memberi idea kepada mereka yang tidak tahu nak membela aper?......
Disamping itu tuan blog juga ingin berkongsi keriangan (ewah), kegembiraan (wahh) dan ketaksubsan (woooh) memiliki sugar glider cute miut ni....seronok tau bela diaorang...kenkadang boleh buat terperanjat makndak...kenkadang boleh menaikkan rasa keibuan ni....sayanggg kat diaorang ni...dia namakan mereka Tutty (male) dan Frutty (female) sempenan nama aiskrim yougurt kesukaan ramai tu. Hahaha dengan harapan bila dah kasik nama diaorang ni begitu, takde lah asyik nak pergi Tutti & Frutti jer..makan aiskrim...(lagipun belum dapat sah HALAL lagi kan?)....

Tuan Blog (Linda) dan Tutty...tutty manja sikit ngan ibu dia..:)

Oklah....tak nak bebel panjang...nanti lenguh HH nak baca....
apa pun...diharapkan rakan-rakan blog teruskan pembacaan di blog sini...atau sekurang-kurangnyer..layan je la gambar-gambar Tutty n Frutty tecik ni yer....:) opkosss tuan blog sangat lah menghargainya....terima kasih in advance...


Sebagai sokongan dan penghargaan kepada tuan rumah yang menganjurkan segmen, disini disertakan treademark utama penyertaan segmen...:)
Anda boleh mendapatkan maklumat penyertaan lebih lanjut di  http://www.hasrulhassan.com/2012/04/segmen-hasrulhassancom-promosikan-blog.html

2 comments:

Makwe Kintan said...

salam kenal..singgah dri segmen sme...^__^

Kasih Juju said...

jalan-jalan sini :)

http://juliajamaludin.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...